Pagi semalam ketika berada di Dewan Besar Wisma Darul Iman, saya menerima balasan SMS dari tuan Presiden, mengatakan beliau telah berada di Kuala Besut. Majlis Pelancaran Penutup MPPD berjalan dengan lancar. Kira-kira jam 3.00 lebih, tuan Presiden telah memaklumkan beliau telah berada di Masjid Kristal, di Taman Tamadun Islam berhenti solat sekembalinya dari majlis perkahwinan yang dihadirinya itu. Langsung saya ke sana untuk bertemu dengan beliau. Turut bersamanya ialah isterinya yang peramah mesra, puterinya Zulaikha, emak mertua, adik ipar lekaki dan birasnya. Pertemuan singkat dan bersembang hal-hal bersangkutan dengan event Pekomik. Beliau menyarankan pada saya elok kalau diadakan event Pekomik untuk memberi pendedahan kepada masyarakat setempat. Betul juga saranan, beliau. Di Terengganu sudah ada hub produksi animasi seperti Redang Animation, EPICT@animator, cawangan Lim Kok Wing, cawangan Cosmopoint, cawangan Kolej UITM. Cakap-cakap beliau itu ada kebenaran dan beliau ada menyentuh tentang Mesra Mall-Giant di Kerteh, yang mempunyai rangkai kedai buku MPH. Di Giant Kuala Terengganu pula ada mynews.com Alangkah baiknya kalau dapat menjalankan aktiviti.

Jam 5.00 lebih sekembali dari bertemu dengan tuan presiden, langsung masuk YM dan bersembang dengan sdr. Jonos selaku Setiausaha Pekomik. Antara perbualan kami ialah mencangkupi dunia komik dan animasi. lalu beliau menyarankan grup Pekomik dibentuk di facebook.Insya Allah, sdr/sdri akan dijemput menyertainya.