Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Pekomik baru sahaja mengadakan perjumpaan pada hari Sabtu yang lalu. Semoga apa yang dibincang dan usul terima dapat dilaksanakan pada tahun 2009. Mana-mana ahli Pekomik yang belum lagi dipelawa menyertai Pekomik facebook dapatlah menyertainya. Semoga lebih ramai penggiat di luar sana seantero negara dapat menyertai persatuan ini. Ketika bersembang dengan tuan presiden, isteri beliau mencelah ketika beliau menyemak fail keahlian. Ahli dari Terengganu tidak ramai, sayalah satu-satunya ahli dari Terengganu. Pun, begitu kita juga mengharapkan lebih ramai ahli dari Sabah dan Sarawak. Meski tidak dapat bersua, dalam perjumpaan, insya allah segala maklumat dapat disalurkan melalui Pekomik Facebook.

Ucapan terima kasih kepada saudara Ajif atas kebenaran menggunakan komik beliau yang telah terbit pada hari Sabtu lalu 22 November 2008, hari yang sama ketika Pekomik mengadakan meeting di pejabat PTS. Adakah ini secara kebetulan atau dirancangkan?