Pengenalan dari Muhamad Azhar Abdullah, presiden PeKOMIK.

Gundu sangat-sangat berterima kasih kepada PeKOMIK sebab sudi berkolaborasi bersama dan saya harap program-program bersama ni akan berhasil! Gundu & PeKOMIK secara rasminya dah tandatangan surat hitam putih pada 20 Februari 2009 yang lepas. Harapan utama kolaborasi ni adalah untuk mengasah & mencungkil bakat yang ada dikalangan orang Malaysia. Korang yang hadir di AGM PeKOMK mungkin dah paham ape itu Gundu? Mungkin anda semua tertanya-tanya apa itu Gundu?

Berikut adalah pengenalan mengenai Gundu, dan saya harap ahli PeKOMIK dapat menjadikan Gundu sebagai platform untuk mempromosi video, audio dan macam-macam lagi lah untuk berkongsi hasil karya anda atau apa2 sahaja termasuk mempromosi aktiviti-aktiviti PeKOMIK.

Sekian terima Kasih.
Mengenai Gundu:

Okay secara ringkasnya, Gundu ni adalah sebuah website macam Youtube la. Kalau nak tahu, sebenarnya website ni macam website yang menawarkan pengguna website-nya untuk upload content anda. Tak kira lah dalam bentuk video, audio ataupon gambar. Ketiga-tiga jenis content ini yang di kenali sebgai Media Content. Gundu direka khas memang untuk orang Malaysia.

Mesti anda semua tahu pasal Youtube kan? Ha, lebih kurang macam Youtube la, tapi Gundu ada lebih banyak kemudahan dari itu. Pendek cite, Gundu ni macam gabungan Myspace, Friendster, Facebook dan sebagainya dalam satu website je. Gundu adalah tempat untuk menampilkan karya & kreativiti korang. Dengan satu klik je anda dah boleh upload video, audio & gambar. Dalam sekelip mata je karya anda dah di ketahui umum.

Gundu ruang khas untuk kita ekspress karya & kreativiti menerusi online je. Tak payah susah-susah nak pegi negara lain nak kembangkan karya & kreativiti. Kalau kite perihatin, kita mesti tahu dekat overseas tuh macam-macam cara derang guna internet. Derang anggap internet ni macam ruang besar (platform) untuk derang lebarkan sayap. Sekarang, Gundu pun rancang nak buat benda sama. Korang yang skillfull, paling kreatif dan terror merror ni sudi-sudikanlah diri anda untuk join jadi geng Gundu ni okay? Dengan adanya kolaborasi geng PeKOMIK, sudah pasti impian kita akan menjadi kenyataan.

Semuanye free, takyah bayar! Banyak faedah dan ganjaran yang anda akan dapat, tak kira lah secara direct ke tak, tapi memang confirm ada ganjaran untuk kite semua. Selama ni, kite semua kurang pendedahan tentang betapa bagusnya kegunaan IT, UGC dan media content ini kan?. Nah! Sekarang ape tunggu lagi? Semua dah ade kat depan mata dah, tinggal nak guna & upload jer kan?

How to be a Gundu Geng?

Senang jer, pegi kat website Gundu, www.gundu.com.my

Click kat REGISTER, lepas tu isi la semua pasal info korang! Senang kan? ;)

mari kita jadikan Gundu sebagai platform mempromosikan Komik anda dan PeKOMIK