Jumaat, 26 Mac 2010

PeKOMIKon & Anugerah PeKOMIK 2010, 28 Mac, Dewan kedah Johor, PWTC


Persiapan PeKOMIKON bermula dari jam 4 ptg sabtu ini d dewan kedah johor,PWTC, kepada AJK dan ahli boleh datang untuk membantu.

acara kemuncak Konvensyen komik..PeKOMIKON bermula ahad(28 mac) ini jam 11 pagi hingga 5 ptg..

di ikuti Kemuncak Anugerah PeKOMIK ke-2, 2010 bermula jam 5:30 ptg di dewan kedah johor, PWTC.

Saat yang mendebarkan..penantian berakhir,,siapa akan merangkul kehormatan dan pengiktiran bagi pekomik dan karya komik terbaik tahun ini.

sama-sama kita memeriahkan majlis tahunan ini bagi memartabatkan persada Komik tanahair.

Selasa, 9 Mac 2010

meeting PeKOMIK 13 Mac 2010

13 mac...sabtu ini..
bermula jam 2pm.

final meeting utk persiapan PeKOMIKON & AP2010
tempat: MSC Incubation Centre, tingkat 3, Blok 1B, Plaza Sentral, KL

pada mereka yg ingin membantu..para penggiat komik (pekomik) ahli pekomik...di jemput hadir

Rabu, 3 Mac 2010

Mansur Ibrahim telah kembali ke Rahmatullah

21hb februari lepas..malam( maaf kalau tarikh saya silap) Encik Mansur Ibrahim telah kembali ke rahmatullah akibat serangan stroke. Beliau adalah seorang pekomik (penggiat komik) dan ilustrator dan aktif melukis komik untuk media seni sekitar awal80an. Maaf kalu ada kesilapan info.

Allahyarham antara aktif melukis sejak pembabitan beliau dalam bidang seni sejak 70an.
beliau juga antara ahli senior pekomik..antara yang hadir dan meyokong penubuhan pekomik sejak 2006.

waktu last saya berjumpa dengan arwah ketika beliau hadir pada Kemuncak Anugerah peKOMIK 2009, April lalu.

saya akan cari gambar beliau untuk di letak sini.

Al- Fatihah buat arwah semoga rohnya di cucuri rahmat.

Selasa, 2 Mac 2010

Aktiviti dan panel PeKOMIKON 2010

PeKOMIKON 2010
Sunday 28th March 2010
Dewan Kedah/Johor, Tingkat bawah PWTC
from 11am - 8pm

11am ALAF 21:
Novel Grafik Alaf 21: Comix21 bersama Apai ( Editor)


11:30 am Komik artis/ kartunis dalam animasi
Bersama Hassan Mutalib

12:00pm MSC 2010 IPCC Digital Comic Pitch bersama Siow Aik Wee

12:30pm
Komik-M, PTS Millenia bersama Wan Zuhairi & Alifstyle (Editor)

1:00 – 2:00pm Rehat

2:00pm Creative Industry Expectation.
Panel: Azlan Pa’Wan Cik ( Big Beak Pictures)


2:30pm Forum PeKOMIK: “Hala tuju Komik Malaysia.”
Bersama panel: Ayour, Wan Zu, Jackal, Apai, Jaafar Taib, Zunar. Dewan Kedah/Johor

3:30pm Panel:
Bersama Alan Quah : Breaking into‘Anywhere’ comic publish by Devils Due.

4:00pm Bersama Gempak Starz.
Panel: Ayour & Slaium

4:30pm Comic Fiesta 2010
Bersama Victor Yap Dewan Kedah/Johor

5:00pm Rehat

5:30pm – 7:00pm Kemuncak Anugerah PeKOMIK ke-2, 2010 Dewan Kedah/Johor

Anugerah PeKOMIK 2010
Finalist Gallery

19 /3/10 to 28/3/10 11am – 8pm Pameran finalis bagi 16 Kategori yang di pertandingkan.
Dewan TR 2 ( Dewan seberang Sungai)

Info Booth mengenai PeKOMIKON / Anugerah PeKOMIK 2010.

untuk mengetahui para finalis dan pencalonan utk Anugerah peKOMIK2, 2010 sila ke:
Anugerahpekomik.blogspot.com