Selasa, 25 Jun 2013

Mesyuarat Agung PeKOMIK ke-4 dan pemilihan AJK penggal 2013-2014.

Mesyuarat dan Ahli Jawatankuasa PeKOMIK ke-4, Penggal 2013-2014.

Pada 22 Jun 2013, Sabtu, Jam 2-5pm. Auditorium Balai Seni Lukis Visual Negara telah berlangsung Mesyuarat Agung PeKOMIK ke 4 dan juga pemilihan AJK buat penggal 2013-2014.

Setelah Di persembahkan segala aktiviti PeKOMIK buat 2011 dan 2012..seperti Bulan Komik di Perpustakaan Negara pada Mei 2011, Anugerah PeKOMIK 20111 dan seterusnya aktiviti pada 2012:  Santai Bersama Lat di Hotel Bintang, The Curve Damansara pada Mac 2012, anjuran bersama Malaysia Games & Comic Convention 2012 pada 19-20Mei 2012 dan Anugerah PeKOMIK 2012 di Kolej Damansara Utama. Juga berlangsung program PM bersama Kartunis di Central Market pada Julai 2012.

antara perkara berbangkit:
ISU DAN PERMASALAHAN
-          Keahlian dan kelebihan ‘Benefits’ menjadi ahli. di mana ahli bukan sahaja terdiri dari mereka yang bergiat dalam bidang penghasilan komik malah buat pekomik indie dan peminat komik Malaysia khususnya.
-          Masalah masa dan kerjasama antara AJK, keaahlian dan penngiat komik dan kartunis Malaysia.
-          Laman web dan social PeKOMIK.
-          Pejabat dan bilik gerakan
-          Majalah PeKOMIK.
-          Pencarian Dana
Aktiviti dan kerjasama dengan syarikat , badan kerajaan dan bukan kerajaan

Hafidz Mahpar membentangkan perbelanjaan persatuan dengan baki: RM9,051.25.
Faisal Mukhtar juga memberi penerangan akan pemberian dana dariPerbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia di bawah Bantuan Seni Kreatif 1 Malaysia yang di beri pada Mac 2013 yang lalu dengan cek berjumlah RM20,000.00

Setelah pembubaran AJK bagi penggal 2011-2012, Azhar Abdullah, Anglia Ong dan Hafidz Mahpar juga meletak jawatan  untuk memberi ruang pada AJK baru.

Berikut adalah Ahli Jawatankuasa PeKOMIK bagi penggal ke 4: 2013-2014.

Presiden: Faizal Mukhtar.
Naib Presiden: Mohd. Hairy Baharum (BopHairy)
Setiausaha 1: Elias Abas
Setiausaha 2: Aimi Hana Rosli
Bendahari 1: Mior Azhar Mior Said
Bendahari 2: Meor Shukur Suhaimi
Perhubungan Awam dan media: Suraya Soleh
Media Promosi 2: Bonny
Penerbitan: Nor Hazleen Saad (Leen Mafia)
penerbitan 2: Faezal Muniran
Grafik: Adie Kiddie Grinder dan Amin Daud.

Majlis di akhiri dengan seisi kajian akan jenis 'genre' penerbitan Komik dari awal tahun 1930an hingga kini dengan penerimaan bacaan komik secara digital oleh pembaca berbanding bacaan tradisional 'terbitan bercetak'.

Majlis bersurai dengan jamuan petang.

tahniah buat barisan AJK PeKOMIK yang baru semoga lebih meriah persada Komik Malaysia dan seterusnya menjayakan aktiviti PeKOMIK bersama semua penggiat dan peminat Komik Malaysia tidak kira bangsa, fahaman dan ikatan kerja bersama Penerbit.

juga antara gambar sekitar AGMke-4 PeKOMIK.





1 ulasan:

moizate berkata...

nak tanya, macam mane nakk jadi ahli pekomik??