Nantikan kemunculan Tiga Ikon komik negara dalam satu sesi forum panel khas sempena sambutan RUMAH TERBUKA MERDEKARAYA PEKOMIK 2013 dan HARI KEBANGSAAN MALAYSIA ke-56!

Tarikh: 31hb OGOS 2013 (SABTU)
Masa: 10.00 - 11.00 PAGI
Tempat: MULTIMEDA COLLEGE, JALAN SEMARAK, 54100 KUALA LUMPUR

Tema Pakaian: 
Lelaki - Baju Melayu 
Wanita - Baju Kurung/Kebaya

(Semua ahli PeKOMIK dialu-alukan untuk membawa seorang/sebalang balang kuih raya untuk perkongsian bersama pada majlis ini) 

Sehubungan dengan itu, semua dijemput hadir bagi memeriahkan majlis yang diadakan ini. Kehadiran Tuan/Puan memeriahkan majlis ini amat dialu-alukan dan didahulukan dengan beribu-ribu penghargaan. Moga dengan kehadiran Tuan/Puan ke MAJLIS RUMAH TERBUKA MERDEKARAYA PEKOMIK 2013 ini dapat mengeratkan perhubungan silaturahim antara kita serta mendapat menyemarakkan semangat patriotik sempena sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-56.

Terima kasih di atas perhatian anda dan harap maklum.


Kita jumpa di sana!
PRESIDEN