Pada 30 Mac 2014 yang lepas, wakil-wakil daripada Pekomik telah menghadiri hari penutup Karnival Kakitun di Keelie's Castle, Batu Gajah, Perak. Antara aktiviti yang telah dijalankan oleh PeKomik pada hari tersebut adalah pemberian zine Pekomik secara percuma, tutorial melukis secara langsung di pentas dan sessi beramah mesra dengan pengunjung dan para kartunis. 

Majlis penutup yang telah di rasmikan oleh YB Dato Zainol Fadzi Paharudin, exco kerajaan Negeri Perak. Berikut adalah sedikit daripada foto-foto ahli-ahli PeKomik, penganjur majlis dan para peserta lain telah bersama memeriahkan majlis tersebut.