Rabu, 21 Mei 2014

CABARAN MELUKIS KOMIK DAKWAH 24 JAM | Temasya Muamalah Islam & Program Dakwah Negara 2014


CABARAN MELUKIS KOMIK DAKWAH 24 JAM
sempena Temasya Muamalah Islam/Program Dakwah Negara 2014

Syarat-syarat dan Peraturan:
1. Semua peserta yang bertaraf profesional, semi-profesional dan amatur layak menyertai acara ini. Ia juga tidak tertakluk kepada mana-mana latar belakang agama, bangsa dan usia sekalipun.

2. Semua peserta yang telah mendaftarkan diri secara rasmi adalah WAJIB ahli Pekomik ataupun secara automatik akan/telah menjadi ahli Pekomik dengan menyerahkan butiran peribadi seperti yang berikut:

NAMA PENUH
NAMA PENA/FB (sekiranya ada)
NO. TELEFON
E-MEL
ALAMAT
STATUS: PROFESIONAL/SEMI-PEROFESIONAL/AMATUR/PELAJAR

3. Tema kepada CABARAN MELUKIS KOMIK DAKWAH 24 JAM ini adalah "Cetusan Komik dan Dakwah". Ia merangkumi semua aspek dan konsep yang terkandung dalam nilai-nilai murni “Komik” dan “Dakwah” seperti kekeluargaan, persahabatan, pengorbanan, perjuangan, pekerti akhlak, kecemerlangan dan sebagainya. Sebarang bentuk lukisan atau jalan cerita komik yang berunsur perkauman, lucah, isu-isu sensitif atau yang seumpamanya adalah DILARANG SAMA SEKALI.

5. Format peralatan lukisan yanng dibenarkan adalah manual (pen, pensel, kertas dan lain-lain) ataupun digital (komputer riba, tablet dan lain-lain)

6. Semua peserta adalah digalakkan membawa peralatan lukisan sendiri, namun berhak memohon peralatan-peralatan tambahan yang munasabah kepada urusetia 48 jam sebelum cabaran ini bermula.

7. Semua peserta WAJIB menyiapkan sejumlah 24 keping lukisan dalam masa 24 jam daripada durasi masa yang diperuntukkan.

8. Peserta yang mempunyai kondisi penyakit/alahan/sejarah atau bekalan ubatan khusus adalah WAJIB memaklumkan perkara yang tersebut kepada urusetia untuk perhatian dan pemantauan. Maklumat yang diberikan adalah diklasifikasi sebagai sulit.

9. Peserta yang menamatkan sesi cabaran melukis komik yang bermula pada jam 1200 tengah hari pada 31 MEI, 2014 hingga 1200 tengah hari 1 JUN, 2014 selama 24 JAM berturut-turut adalah disahkan BERJAYA & SELESAI.

10. Para pemenang sesi cabaran melukis komik ini adalah ditentukan oleh juri-juri profesional berdasarkan klasifikasi seperti yang berikut:
PERTAMA
KEDUA
KETIGA
SAGUHATI PENGHARGAAN KEPADA SEMUA PESERTA

11. Sebarang bayaran dan yuran pendaftaran tidak akan dikenakan untuk acara ini. Ianya adalah 100% percuma dan tiada inklusi wang tunai atau seumpamanya.

12.  Untuk yang berminat menjadi peserta dan bersama dalam cabaran ini, sila majukan butiran yang diperlukan ke inbox FB Faizal Mukhtar atau e-mel butiran atau pertanyaan anda ke faizalmukhtar@gmail.com

Tarikh tutup penyertaan: 26 MEI, 2014 (ISNIN)

Selamat Maju Jaya dan terima kasih buat semua!

.

1 ulasan:

pak.winata bogor berkata...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa dulunya saya ini cuma seorang.
penjual es kuter kelilin tiap malam. pendapatannya tidak seberapa dan.
tidak pernah cukup dalam kebutuhan keluarga saya,, suatu hari saya dapat.
informasi dari teman bahwa MBAH SUJARWO bisa memberikan angka ritual/goib.100% tembus.
akhirnya saya ikuti 4D nya dan alhamdulillah memanG bener-bener terbukti tembus.
saya sangat berterimakasih banyak kpd MBAH SUJARWO.atas bantuan MBAH saya sekarang.
sudah bisa mencukupi kebutuhan keluarga saya bahkan saya juga sudah buka.
usaha matrial dan butik pakaian muslim.
Jika anda mau buktikan
silahkan bergabun sama Mbah Sujarwo
Di: http://sitogelsgp.blogspot.com Atau { KLIK-DISINI }
No: tlp.0823-2424-4298
Saya sudah buktikan benar2 tembus 3x permainan....!!!