Sepetang bersama Seniman, Karikaturis dan Kartunis Tersohor Negara. Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur iaitu  Malaysian Tourism Center (MATIC) dan Balai Seni Visual Negara serta Katon Aqhari. Dengan kerjasama daripada Artport Sdn. Bhd, Sifoo.com, Kuala Lumpur Sketchnation, Bhadra Rajya Asura Studios pameran karikatur digital pertama di Malaysia ini akan memperkenalkan para Seniman dan Seniwati Legenda Malaysia di dalam bentuk karikatur digital dan cetakan digital.Ianya di cetak di atas kanvas, kayu, aluminium dan akrilik.

Pameran ini telah bermula dari 2 Ogos 2014 sehingga 3 September 2014 ini. Silalah berkunjung segera ke Matic Art Gallery, Kuala Lumpur.