Salam Pekomik


Bersempena dengan GREAT 2014Pekomik dengan usahasama strategik#MaGIC dan New Entrepreneurs Foundation (Yayasan Usahawan Baru) di bawah program #ComicXcel/Comic Accelerator Program (CAP) akan mengadakan forum eksklusif bersama panel speaker profesional yang terdiri daripada personaliti dan tokoh industri komik tanahair.


19 SEPTEMBER, 2014 (JUMAAT)
DATO’ LAT | ‘KEBUDAYAAN DALAM KOMIK’, 11.30 AM - 12.30 PM
FAIZAL MUKHTAR | ‘GENERASI USAHAWAN KOMIK’, 2.30 PM - 3.30 PM

20 SEPTEMBER, 2014 (SABTU)
GAYOUR | ‘KOMIK TEMPATAN vs ANTARABANGSA’, 11.30 AM - 12.30 PM
ZID | ‘KOMIK ARTIS MALAYSIA DI PENTAS ANTARABANGSA’, 2.30 PM - 3.30 PM

Tempat:
Blok 3730, Persiaran APEC, 63000 Cyberjaya.
Tarikh & Masa:
17 hingga 20 September, 2014 
8.00 pagi hingga 8.00 malam

Anda semua dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan lagi acara ini. Harap maklum dan terima kasih.

Untuk makluman lanjut tentang GREAT™, sila layari:

- - -





Tentang GREAT™

GREAT™ merupakan himpunan usahawan-usahawan kreatif Malaysia serta perkumpulan jaringan sosial untuk dana-dana keusahawanan. Kenali jaringan prolifik usahawan-usahawan baru, ilmu dan tips perniagaan dan pelbagai acara menarik untuk idea inovasi anda.

Festival selama empat hari ini membuka peluang untuk anda berinteraksi dalam ekosistem keusahawanan tanahair. Apa yang pasti, GREAT™ 2014 bukan sahaja mendekatkan anda dengan pakar-pakar industri dan teknologi, malah kepada dana kerajaan dan swasta.

GREAT™ 2014 untuk kali ini tertumpu kepada 6 kluster industri: Makanan, Agro, Teknologi, Gaya, Seni Kreatif dan Usahawanita.