Rabu, 29 Oktober 2014

Pekomik di Menara Kuala Lumpur sabtu ini!




Salam Pekomik,

Kota Buku dengan kerjasama @Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan FESTIVAL SASTERA KANAK-KANAK (FSK) 2014 dengan butiran yang berikut :-


TARIKH: 30hb. Oktober hingga 2hb. November 2014

TEMPAT: Dataran Menara Kuala Lumpur
MASA: 10.00 pagi hingga 6.00 petang 
TEMA: “Meraikan Kepelbagaian Dalam Sastera Kanak-Kanak”

Pekomik secara langsungnya terlibat dalam acara ini dengan pelbagai susunan aktiviti serta program intelektual, bagi melahirkan kemeriahan membaca dan penglibatan masyarakat terutamanya kanak-kanak dengan kerjasama strategik agensi kerajaan dan syarikat swasta. EMPAT (4) teras utama penganjuran FSK 2014 sebagai daya tarikan pengunjung adalah :-

>> Interaktif
Buku pop-up, 'doodle', 'stop motion', Petrosains dan lain-lain.

>> Bengkel Profesional
Penceramah dan pakar berkaitan ilustrasi, teknik bercerita, jualan hak cipta akan berkongsi kepakaran mereka bersama penggiat buku, guru tadika, ilustrator, penulis dan sebagainya dari negara Jepun, India, Korea, Malaysia, India, China dan Indonesia.

>> Kebudayaan
'Choral speaking', teater, wayang kulit, tarian, 'story telling', forum kanak-kanak, 'braille story telling' dan lain-lain.

>> Pameran dan Jualan
Sebanyak 30 buah gerai jualan akan dibuka sepanjang FSK 2014.

Semua adalah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi acara. Bagi ahli-ahli#Pekomik yang berminat untuk menjual dan mempamer produk/komik/karya mereka, sila PM Faizal Mukhtar atau Rani Ahmad untuk proses pengesahan keterlibatan.

Untuk sebarang soalan dan maklumat lanjut, nyatakan di ruangan komen di bawah ini. Harap maklum dan terima kasih.

Jumaat, 17 Oktober 2014

FAQ | SOALAN LAZIM PROJEK KHAS PEKOMIK/M-MODE


10 FAQ | SOALAN LAZIM
SESI TAKLIMAT PROJEK KHAS PEKOMIK/M-MODE

1. Projek apakah ini?
Projek khas ini merupakan sebuah projek usahasama Pekomik dengan M-Mode Berhad dalam pembangunan kandungan kreatif berbentuk siri komik dan kartun termasuk karya-karya yang berkaitan seperti karikatur, ilustrasi, ‘doodle’ dan seumpamanya. Ianya dilaksanakan bagi memberi peluang kepada semua ahli-ahli Pekomik mengembangkan IP (hak intelektuil) bagi tujuan niaga dan meluaskan capaian karya anda sebagai produk komersial serta menjana pendapatan melalui peranti dan aplikasi mobil.

2. Adakah saya layak untuk hadir ke taklimat ini?
Tawaran ini di buka kepada semua ahli-ahli Pekomik; tidak kira sama ada anda bertaraf amatur, semi-pro atau profesional; separa masa atau sepenuh masa. Yang penting anda boleh melukis dan tahu melukis.

3. Saya bukan ahli Pekomik tetapi amat berminat untuk hadir. Adakah saya dibenarkan berbuat demikian?
Silakan. Anda boleh mendaftar terus melalui portal rasmi kami di sini:
>> http://www.pekomik.org.my/p/daftar-keahlian.html <<
atau hadir sendiri dan daftar terus di lokasi kejadian. Tiada cas atau yuran dikenakan kerana kami sedang giat mengadakan promosi pendaftaran keahlian.

4. Apakah yang perlu saya lakukan apabila hadir ke sana?
Anda hanya perlu datang dengan semangat yang positif sambil duduk, dengar, faham dan tanya seberapa banyak atau apa-apa soalan yang anda mahu tahu berkenaan projek di atas. Juga tiada cas dikenakan.

5. Ada apa-apa yang perlu saya bawa ke sesi taklimat?
Kami syorkan anda membawa contoh-contoh portfolio hasil karya komik/kartun/'doodle'/karikatur/ilustrasi untuk sesi ini bagi tujuan saringan awal oleh pihak M-Mode. Dengan ini, kebarangkalian anda untuk terbit bersama mereka adalah lebih tinggi berbanding yang lain.

6. Saya sibuk dengan acara/urusan lain pada hari tersebut. Adakah peluang ini masih terbuka untuk saya menyertainya pada kesempatan yang lain?
Usah khuatir. Kami akan edarkan butiran taklimat projek ini di laman web dan Facebook rasmi Pekomik kelak bagi anda yang tidak berkesempatan hadir. Macam biasa, tiada cas.

7. Saya berasa ragu dan menanam syak wasangka pada projek ini. Bagaimanakah Pekomik dapat meyakinkan saya bahawa projek ini berwibawa serta benar-benar sah dari sudut undang-undang, tidak berselindung di sebalik skim perjanjian yang tidak telus serta bersifat tidak bermoral dari sudut niaga?
Soal peribadi dan kepercayaan adalah bergantung pada diri sendiri kerana kami di Pekomik tidak dapat menentukan keputusan dan hak anda sebagai rakyat Malaysia yang bebas memilih atau menolak. Apa yang boleh kami katakan; Pekomik sentiasa memilih, menyaring, memantau dan menawarkan peluang berkarya dengan beretika di bawah akta dan undang-undang persatuan seperti yang termaktub dalam panduan aktiviti/kegiatan ROS (Registry of Societies) Malaysia.  

8. Saya masih tidak yakin. Apa yang perlu saya lakukan?
Mungkin anda boleh cuba projek-projek susulan yang diatur oleh Pekomik di masa akan datang. Rezeki ada di mana-mana dan mungkin projek ini bukan rezeki anda.

9. Saya mahu sertai projek ini tapi saya tidak suka Faizal Mukhtar sebagai Presiden. Adakah projek ini masih wujud dan diteruskan apabila tempoh beliau sebagai Presiden tamat malah diganti dengan Presiden serta Ahli Jawatankuasa yang baharu?
InsyaAllah. Namun, berilah beliau peluang untuk membuktikan kemampuan beliau bersama Ahli Jawatankuasa yang sedia ada. Bijak pandai ada berkata, “Benda boleh bincang.” 

10. Sampai bilakah tawaran ini akan di buka?
Tawaran ini dibuka dari sekarang sehingga anda rasakan cukup yakin bahawa ‘industri’ komik Malaysia ini sudah layak bergelar industri serta mampu berdaya saing dan menjana pertumbuhan/kepesatan ekonomi negara kerana lebih banyak lagi entiti seperti M-Mode akan tampil memberikan tawaran yang lebih kurang sama atau lebih hebat. Dan pada ketika itu, mungkin projek yang di atas sudah tidak ada nilainya lagi. Ini teori mudah ekonomi yang digelar ‘demand & supply’.


Selasa, 14 Oktober 2014

Peluang menyertai projek aplikasi 'Comic Mobile'


Salam Pekomik,

Pekomik dengan kerjasama strategik #MModeMobile Malaysia ingin menjemput semua karyawan-karyawan komik Malaysia yang terdiri daripada pelukis komik, kartunis, karikaturis, 'doodler' dan ilustrator untuk menghadiri satu sesi taklimat khas bagi sebuah projek aplikasi 'mobile comic' baharu. Butiran adalah seperti berikut --

TARIKH : 18 OKTOBER, 2014 (SABTU)
MASA : 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
TEMPAT : Studio M-Mode, Blok B, Tingkat 19, Unit 7 (B-19-7), Bangunan Megan Avenue II, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur, MALAYSIA

Tawaran ini di buka kepada semua ahli-ahli #Pekomik, sama ada anda bertaraf amatur, semi-pro atau profesional*

Jamuan ringan disediakan.

Untuk sebarang soalan/maklumat lanjut, sila PM Faizal Mukhtar atau nyatakan di ruangan komen di bawah ini. Harap maklum dan terima kasih.

*Disyorkan untuk membawa contoh portfolio hasil karya komik/kartun/'doodle'/karikatur/ilustrasi untuk sesi ini bagi tujuan yang berkenaan.