Kali ini Pekomikon dan Anugerah PeKOMIK 2011 dengan kerjasama Perpustakaan Negara bakal berlangsung di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bermula 9 Mei- 31 Mei 2011. Bertempat di ruang legar pameran Perpustakaan ( pameran dan jualan), Bilik serbaguna (talk, panel, forum, bengkel) dan di Auditorium ( Kemuncak Anugerah PeKOMIK 2011).
Antara aktiviti:
Pameran Finalis Anugerah PeKOMIK 2011, bertempat di ruang legar pameran PNM dari 9-31 Mei. 9am-8pm.
Jualan komik pada 14, 21 & 28 Mei. di ruang legar pameran.
panel, talk, demo dan bengkel komik pada 14, 21 & 28 Mei. di bilik serbaguna aras bawah PNM.
Kemuncak Anugerah PeKOMIK 2011 di Auditorium PNM bermula 9pagi pada 28 Mei 2011.
ATUR CARA
MAJLIS ANUGERAH PEKOMIK 2011 28 MEI 2011 (SABTU) 8.30 pagi - Ketibaan Para Jemputan 9.00 pagi - Ketibaan Prof. Dr. Muliyadi Mahmood. Penasihat PeKOMIK - Ucapan Alu-aluan oleh Prof. Dr. Muliyadi Mahmood. Penasihat PeKOMIK 9.30 pagi - Forum Perdana PeKOMIK ”Eksklusif dan Profesionalisme dalam Seni Komik” Panel: En. Hj. Zainal Buang Huseein, En. Reggie Lee, En. Chee & En. Aadi Salman 10.30 pagi - Seisi Soal Jawab. 11.00 pagi - Ucapan Anugerah PeKOMIK oleh En. Muhd Azhar Abdullah Presiden PeKOMIK 11.15 pagi - Penyampaian Kemuncak Anugerah PeKOMIK 2011 1.30 petang - Sidang media - Makan tengah hari - Majlis Bersurai |