10 FAQ | SOALAN LAZIM
SESI TAKLIMAT PROJEK KHAS
PEKOMIK/M-MODE
1. Projek apakah ini?
Projek khas ini merupakan
sebuah projek usahasama Pekomik dengan M-Mode Berhad dalam pembangunan
kandungan kreatif berbentuk siri komik dan kartun termasuk karya-karya yang
berkaitan seperti karikatur, ilustrasi, ‘doodle’ dan seumpamanya. Ianya
dilaksanakan bagi memberi peluang kepada semua ahli-ahli Pekomik mengembangkan
IP (hak intelektuil) bagi tujuan niaga dan meluaskan capaian karya anda sebagai
produk komersial serta menjana pendapatan melalui peranti dan aplikasi mobil.
2. Adakah saya layak untuk
hadir ke taklimat ini?
Tawaran ini di buka kepada
semua ahli-ahli Pekomik; tidak kira sama ada anda bertaraf amatur, semi-pro
atau profesional; separa masa atau sepenuh masa. Yang penting anda boleh
melukis dan tahu melukis.
3. Saya bukan ahli Pekomik
tetapi amat berminat untuk hadir. Adakah saya dibenarkan berbuat demikian?
Silakan. Anda boleh mendaftar
terus melalui portal rasmi kami di sini:
atau hadir sendiri dan daftar
terus di lokasi kejadian. Tiada cas atau yuran dikenakan kerana kami sedang
giat mengadakan promosi pendaftaran keahlian.
4. Apakah yang perlu saya
lakukan apabila hadir ke sana?
Anda hanya perlu datang
dengan semangat yang positif sambil duduk, dengar, faham dan tanya seberapa
banyak atau apa-apa soalan yang anda mahu tahu berkenaan projek di atas. Juga tiada
cas dikenakan.
5. Ada apa-apa yang perlu
saya bawa ke sesi taklimat?
Kami syorkan anda membawa
contoh-contoh portfolio hasil karya komik/kartun/'doodle'/karikatur/ilustrasi
untuk sesi ini bagi tujuan saringan awal oleh pihak M-Mode. Dengan ini,
kebarangkalian anda untuk terbit bersama mereka adalah lebih tinggi berbanding
yang lain.
6. Saya sibuk dengan
acara/urusan lain pada hari tersebut. Adakah peluang ini masih terbuka untuk
saya menyertainya pada kesempatan yang lain?
Usah khuatir. Kami akan
edarkan butiran taklimat projek ini di laman web dan Facebook rasmi Pekomik kelak
bagi anda yang tidak berkesempatan hadir. Macam biasa, tiada cas.
7. Saya berasa ragu dan
menanam syak wasangka pada projek ini. Bagaimanakah Pekomik dapat meyakinkan
saya bahawa projek ini berwibawa serta benar-benar sah dari sudut
undang-undang, tidak berselindung di sebalik skim perjanjian yang tidak telus serta
bersifat tidak bermoral dari sudut niaga?
Soal peribadi dan kepercayaan
adalah bergantung pada diri sendiri kerana kami di Pekomik tidak dapat
menentukan keputusan dan hak anda sebagai rakyat Malaysia yang bebas memilih
atau menolak. Apa yang boleh kami katakan; Pekomik sentiasa memilih, menyaring,
memantau dan menawarkan peluang berkarya dengan beretika di bawah akta dan
undang-undang persatuan seperti yang termaktub dalam panduan aktiviti/kegiatan
ROS (Registry of Societies) Malaysia.
8. Saya masih tidak yakin.
Apa yang perlu saya lakukan?
Mungkin anda boleh cuba
projek-projek susulan yang diatur oleh Pekomik di masa akan datang. Rezeki ada
di mana-mana dan mungkin projek ini bukan rezeki anda.
9. Saya mahu sertai projek
ini tapi saya tidak suka Faizal Mukhtar sebagai Presiden. Adakah projek ini
masih wujud dan diteruskan apabila tempoh beliau sebagai Presiden tamat malah
diganti dengan Presiden serta Ahli Jawatankuasa yang baharu?
InsyaAllah. Namun, berilah
beliau peluang untuk membuktikan kemampuan beliau bersama Ahli Jawatankuasa
yang sedia ada. Bijak pandai ada berkata, “Benda boleh bincang.”
10. Sampai bilakah tawaran
ini akan di buka?
Tawaran ini dibuka dari
sekarang sehingga anda rasakan cukup yakin bahawa ‘industri’ komik Malaysia ini
sudah layak bergelar industri serta mampu berdaya saing dan menjana pertumbuhan/kepesatan
ekonomi negara kerana lebih banyak lagi entiti seperti M-Mode akan tampil
memberikan tawaran yang lebih kurang sama atau lebih hebat. Dan pada ketika
itu, mungkin projek yang di atas sudah tidak ada nilainya lagi. Ini teori mudah
ekonomi yang digelar ‘demand & supply’.