Battle ini adalah bersempena dengan program Pekomik Bangkit! iaitu penjenamaan dan penstrukturan semula Persatuan Penggiat Komik Malaysia (Pekomik).

Para peserta boleh melukis secara manual atau digital serta mengalu-alukan kepelbagaian gaya dan 'stroke'. Ikon maskot tidak tertakluk pada simbol "Harimau" sahaja .

SYARAT-SYARAT:
1 | Peserta hendaklah post artwork di profil facebook anda sendiri dan tetapkan 'privacy' post tersebut kepada 'public'.
2 | Setiap post di buat di facebook hendaklah di sertakan juga #pekomik #kamipelukiskomik #battlelukismaskotpekomik
3 | Setiap posting battle perlu dikongsikan ke Group 'Kami Pelukis Komik' --> https://www.facebook.com/groups/IhsansComic/
4 | Tempoh penyertaan adalah 14 HARI. (12/1/18 hingga 25/1/18).
5 | Penyertaan yang ada dinilai oleh juri jemputan khas.
6 | Sila guna template ini : https://www.facebook.com/groups/IhsansComic/2005348492815055/ sebagai langkah untuk mencegah unsur plagiat pada karya, mengesahkan penyertaan anda dalam battle kali ini dan untuk mengesahkan originaliti karya lahir dari battle anjuran KPK dan PEKOMIK.

---

TIGA KARYA TERBAIK akan dipilih dan mendapat hadiah sumbangan daripada Bekazon, Komik-M, Daie Kreatif Venture, Sempoi, Comicore Club, Sketches Online Store & KEDAI KOMIK ONLINE.