Anugerah PeKOMIK kembali lagi pada tahun ini. Anugerah PeKOMIK merupakan sebuah acara bagi menghargai pengkarya komik anak tempatan. Ia telah diwujudkan sejak tahun 2009 oleh Persatuan Penggiat Komik Malaysia yang tidak pernah jemu untuk menyokong dan memperkasakan industri komik dan karya kreatif di Malaysia. Anugerah ini juga menjadi pemangkin dan penunjuk aras untuk kualiti terbitan komik di dalam Malaysia serta rantau Asia Tenggara.

Kepada semua penerbit, penggiat serta karyawan komik Malaysia -- Pencalonan buat anda semua dengan rasminya telah dibuka.

Demi melebarkan semula tradisi yang telah disemarakkan bersama, laungan untuk memartabatkan semula industri penerbitan komik negara sudah bermula. Justeru itu, kami di Pekomik dengan rasa berbesar hati ingin menjemput anda untuk bersatu dalam usaha mezahirkan prestij pada acara yang gilang-gemilang ini.

Anugerah PeKOMIK akan berlangsung pada 1 MEI 2018 di Aras 5, Putra World Trade Center (PWTC), KL

Baca syarat dan kategori penyertaan untuk lebih lanjut :-



DOWNLOAD SURAT JEMPUTAN

Borang Pencalonan:-



DOWNLOAD BORANG PENCALONAN

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :-

Sekretariat Anugerah Pekomik 2018
No. 51A, Jalan SG 3/1,
Taman Sri Gombak,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Atau hubungi Sekretariat Anugerah Pekomik 2018
En. Rani Ahmad
Emel: wukong_1979@yahoo.com
Tel : 019 362 7976

En. Mior Azhar
Emel: encikmeor@gmail.com
Tel: 013 310 0020

Dengan usahasama strategik Perbadanan Kota Buku