SETAHUN PEKOMIK BANGKIT!

Senarai acara/aktiviti yang telah dijalankan oleh Pekomik Jan'18 - Dis'18 (Tidak termasuk aktiviti pembinaan pasukan, mesyuarat, perayaan dan diskusi dengan pemain industri);
1) Pekomik Mascot Battle! | 12/1/18 - 25/1/18
2) Pelancaran Laman Web Rasmi Pekomik | 13/1/18
3) Pelancaran Semula Pekomik TV | 19/1/18
4) Booth @ Serambi Karya House Warming, KL | 25/2/18
5) Pekomik Classroom - Teknik Menghasikan Komik, Perbadanan Kotabuku, KL | 10/3/18
6) Mini Kotakomik @ Aeon Falim,Ipoh | 11/3/18
7) Mini Kotakomik @ SACC Mall, Shah Alam | 17-18/3/18
8) Booth @ CTFKL: Collectors Toyfair Kuala Lumpur 2018, KL | 31/3/18
9) Bengkel Dialogistrasi bersama Huzza TBG, Ipoh | 3/4/18
10) Anugerah Pekomik 2018, KL | 1/5/18
11) ACCOMIX @ Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018, KL | 27/4/18 - 6/5/18
12) Booth @ Anifest 2018, USJ | 12-13/5/18
13) Taklimat & Klinik Hakcipta @ Perbadanan Kotabuku, KL | 21/7/18
14) Booth @ Festival Kesenian Perak, Ipoh | 3-5/8/18
15) Booth @ Sama Sama Ria @ Cultural Street Art Fest, Ipoh | 25/8/18
16) Drink N Draw bersama Mie @ Bagiruang, Ipoh | 9/9/18
17) Battle KeluangMan @ CCX 2018. KL Gateway, KL | 29-30/9/18
18) Inktober Malaysia 2018 | 1-30/10/18
19) Booth @ FesKo, ASWARA, KL | 17-18/10/18
20) Booth @ Karnival Mahabbah, Masjid Sultan Abdul Aziz, PJ | 13/10/18
21) KL Toon! @ Quill City Mall, KL | 27-28/10/18
22) Booth @ Kotakomik Kajang 2.0 @ Metropoint, Kajang | 9-11/11/18
23) Booth @ Zoom Kartun CCX 2018 @ Summit USJ | 24-25/11/18
24) Cabaran Komik 24 Jam @ Pekan Kartun Pangkor 2018, Pulau Pangkor | 1-2/12/18
25) Bengkel Penulisan Komik Pekomik-DBP @ Dewan Bahasa & Pustaka, KL | 1-2/12/18
26) Booth @ Bengkel Mega Komik Strip, Perpustakaan Negara Malaysia, KL | 23/12/18

==========================================
SETAHUN SEBAGAI PRESIDEN PEKOMIK
==========================================
Alhamdulilah, bersyukur dapat duduk sama dengan orang-orang yang super hebat dalam Pekomik selama setahun.

Imbas kembali, pada mesyuarat agung 3/12/17 yang lepas, seramai lebih 50 penggiat komik tempatan telah hadir untuk menyokong dan memberi nyawa kembali kepada Pekomik untuk dihidupkan semula.

17 orang telah secara sukarela berikrar untuk menjadi jawatankuasa tinggi mengemudi Pekomik. Walaupun pada ketika itu, kami semua tidak berapa kenal dan ada juga yang baru berkenalan.

Dipendekan cerita, mesyuarat agung pada 3/12/17 telah memberi peluang untuk saya mengetuai 'dream team' ini.

'Code name' projek 'PEKOMIK BANGKIT telah diaktifkan sebagai slogan penjenamaan & penstrukturan semula Pekomik yang pernah menyepi selama setahun lebih.

Pelbagai pengalaman yang telah ditempoh bersama sepanjang setahun ini. Ribuan terima kasih kepada semua yang pernah dan terus menyokong kami.

==========================================
CARTA ORGANISASI 28/12/18
==========================================
Penasihat: Gayour
Presiden: Mior Azhar
Naib Presiden: Rani Wukong
Setiausaha Agung: Roseman
Naib Setiausaha : Khairil
Bendahari: Aznan
Naib Bendahari/ Juruaudit: Erwin
Perhubungan luar/ Tugas-tugas khas: Faizal Mukhtar

Biro latihan/ kemahiran : Amna Shark
Biro informasi / pendaftaran : Alakazam
Biro kebajikan dan aduan : Nabilah
Biro kolektor : Azahari
Biro promo / pengurusan acara : Azrul Aloy & Iman
Biro grafik : Abu huzaifah & Nazr syaff
Biro penerbitan : Wada’ & Azrul

==========================================
PENUTUP
==========================================
Kesimpulannya, ayuh kita teruskan lagi usaha membangunkan Pekomik kerana perjuangan yang kita anggap kecil ini, boleh sedikit sebanyak membantu industri kreatif negara, khususnya komuniti kartun dan komik.

Semoga Pekomik akan ke tahap seterusnya pada tahun 2019.

Saya ingin mengambil masa untuk mengajak sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada semua rakan seperjuangan kita yang telah kembali ke Rahmatullah. Penghargaan khas Allahyarham Azhar Ahmad (Tembakau) dan Allahyarham Zainuddin Saleh (Lengkuas) yang banyak bagi sokongan tenaga dan moral yang teramat istimewa kepada saya sepanjang keterlibatan dalam komuniti kartun dan komik ini.

Kita teruskan legasi perjuangan orang-orang terdahulu.

#life

Yang menjalankan tugas;

Mior Azhar
Presiden
PEKOMIK