INGIN MEMPERKENALKAN
DENGAN KERJASAMA
Peraduan Mencari Adiwira Malaysia 2009 adalah program pertama di antara kerjasama PeKOMIK dan Gundu. Ia adalah peraduan yang mencari Adiwira (Superhero) Malaysia yang terbaru dan asli. Program ini bermula pada 25 April 2009 sehingga 25 Julai 2009. Kami amat mengalu-alukan anda yang berbakat besar untuk menyertai Peraduan Merekacipta Adiwira Malaysia 2009! Adiwira Malaysia diciptakan khas untuk pecinta dunia Komik di Malaysia. Kami memberi sokongan padu kepada mereka yang berbakat di dalam bidang seni melakar komik.
Adakah anda berbakat dalam menghasilkan lakaran Komik yang luar biasa? Adakah anda mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan mempunyai trademark tersendiri? Adiwira Malaysia menyediakan ruang khas untuk memajukan karya setapak lagi kehadapan dengan mempamerkan karya anda kepada umum. Jika anda mempunyai ciri-ciri yang kami cari seperti pertanyaan di atas, Ayuh! Segera menghantarkan illustrasi lakaran komik anda yang berciri-cirikan seorang Adiwira (Superhero) kepada kami di Gundu.
Bagaimana Caranya untuk menyertai Peraduan ini?
1. Terbuka untuk semua warga Malaysia (peserta yang berminat haruslah menjadi ahli Gundu dan PeKOMIK dengan mendaftarkan diri di http://www.gundu.my/register).
2. Karya peserta wajib berasaskan ciri- ciri Adiwira (Superhero) Malaysia, kreatif dan layak dijadikan sebagai idola orang ramai.
3. Karya ciptaan Adiwira hendaklah baru dan asli.
4. Pernyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia sahaja.
5. Ciptaan karya komik hendaklah berbentuk khayalan yang boleh menarik perhatian ramai. Bentuk karya adalah bebas mengikut kreativiti anda tidak terhad kepada jumlah panel/mukasurat.
6. Peserta diwajibkan menghantar illustrasi komik berbentuk 2D (jpg,gif,png,bmp,psd)
7. Penyertaan anda haruslah disertakan sekali dengan:-
7.1 Nyatakan kekuatan, kehebatan dan kelemahan superhero, watak penjahat & tambahan .
7.2 Sedikit pengenalan tentang sinopsis karya anda, dan
7.3 Rupa paras Adiwira adalah bebas dan tidak stereotaip (contoh:- Jenis² Kostum yang dipakai, warna² tertentu, imej lain disebalik Adiwira dan sebagainya)
7.4 Mudah difahami8. Penilaian dikira melalui kaedah undian melalui :-
8.1 Undian SMS (20%) - Pengundi boleh menghantarkan undian SMS anda ke 33266 mengikut kod gambar (Maklumat Lanjut akan disiarkan dalam masa terdekat) Adiwira yang dipaparkan - Satu undian akan dikenakan caj RM0.50
8.2 Panel juri dari PeKOMIK (60%) & Gundu (20%)
9. Jumlah penyertaan tidak terhad untuk setiap peserta tetapi perlu dimuat naik ke enjin muat naik gambar (upload image) di bawah kategori "Peraduan Merekacipta Adiwira Malaysia 2009".
10.Hanya tiga karya komik terbaik akan dipilih untuk memenangi peraduan ini.
10.1 Karya pemenang akan mendapat pendedahan yang tiada hadnya.
10.2 Pemenang Adiwira Malaysia 2009 akan mendapat beberapa slot khas dalam program "Daily MMS Comic".
11. Keputusan panel pengadil adalah muktamad dan panel pengadil berhak mengubahsuai dan meminda rekabentuk ilustrasi karya yang disertai jika perlu.
12. Urusetia peraduan tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan hasil karya yang dikirimkan.
13. Semua karya yang menyertai pertandingan ini akan menjadi hak milik sama PeKOMIK dan pencipta karya itu sendiri.
Manakala Gundu hanya bertindak sebagai portal untuk memperkembangkan karya PeKOMIK.
14. Peserta dibenarkan menghantar lebih daripada satu karya Adiwira.
15. Hanya 3 karya Komik sahaja yang akan dipilih untuk memenangi peraduan ini.
16. Keputusan para pengadil adalah muktamad dan pengadil berhak mengubahsuai dan meminda rekabentuk illustrasi karya yang disertai jika perlu.
17. Urusetia pertandingan tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan hasil karya yang dikirimkan.
KLIK DISINI UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI AHLI GUNDU DAN MULA MENGHANTAR HASIL KARYA ANDA MELALUI ENJIN MUAT NAIK GAMBAR (UPLOAD IMAGE) GUNDU
Program ini akan bermula pada 25 April 2009 dan berakhir pada 25 Julai 2009. Semua karya hendaklah diserahkan sebelum tarikh akhir Peraduan pada 25 Julai 2009. Ini untuk menyenangkan proses-proses yang harus dilalui untuk memilih pemenang-pemenang.
Anda sudah tahu bagaimana caranya untuk menyertai Peraduan Merekacipta Adiwira Malaysia 2009, nahhh apa lagi yang ditunggu? Mulakanlah lakaran anda sekarang. Ayuh! Mulakan dengan sebatang pensel sahaja untuk melakarkan lakaran artistik anda kerana kami dengan bangganya mengumumkan permulaan Peraduan Merekacipta Adiwira Malaysia! Setiap Peserta harus menggunakan peluang ini untuk mengunakan Peraduan Merekacipta Adiwira Malaysia dalam mencari Adiwira (Superhero) Malaysia buat pertama kalinya!
KLIK DISINI UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI AHLI GUNDU DAN MULA MENGHANTAR HASIL KARYA ANDA MELALUI ENJIN MUAT NAIK GAMBAR (UPLOAD IMAGE) GUNDU Frequently Asked Questions (FAQ) Peraduan Merekacipta Adiwira Malaysia 2009
Hubungi Kami
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang Gundu, kami sudi membantu pada bila-bila masa sahaja. Emailkan kepada kami di teamgundu@gundu.com.my ataupun layarilah website Gundu dan click di contact us dan isikan info tentang semua pertanyaan korang.
Terima kasih banyak-banyak lagi sekali kat PeKOMIK sebab sedar dengan kewujudan potensi Gundu. Jom sama-sama kite gunakan Gundu sebagai platform untuk melebarkan sayap masing-masing menerusi dunia online.
Gundu berterima kasih kepada PeKOMIK sebab sudi berkolaborasi bersama & kite orang harap program-program yang kite rancang bersama ni akan berhasil! Fyi, Gundu & PeKOMIK secara rasminya dah tandatangan surat hitam putih pada 20 Februari 2009 yang lepas. Harapan utama kolaborasi ni adalah untuk mengasah & mencungkil bakat yang ada dikalangan orang Malaysia.
Semua tentang Gundu.my
Okay secara ringkasnya, Gundu ni adalah sebuah website. Kalau nak tahu, sebenarnya website ni website yang menawarkan penggunanya untuk upload content derang. Tak kira lah dalam bentuk video, audio ataupon gambar. Ketiga-tiga jenis content ini yang di kenali sebgai Media Content.
Mesti korang semua tahu pasal Youtube kan? Ha, lebih kurang macam Youtube la, tapi Gundu ada lebih banyak kemudahan dari itu. Pendek cite, Gundu ni macam gabungan Myspace, Friendster, Facebook dan sebagainya dalam satu website je. Gundu adalah tempat untuk menampilkan karya & kreativiti korang. Dengan satu klik je korang dah boleh upload video, audio & gambar. Dalam sekelip mata je karya korang dah di ketahui umum.
Gundu ruang khas untuk kita ekspress karya & kreativiti menerusi online je. Tak payah susah-susah nak pegi negara lain nak kembangkan karya & kreativiti. Kalau kite perihatin, kita mesti tahu dekat overseas tuh macam-macam cara derang guna internet. Derang anggap internet ni macam ruang besar (platform) untuk derang lebarkan sayap. Sekarang, Gundu pun rancang nak buat benda sama. Korang yang skillfull, paling kreatif dan terror merror ni sudi-sudikanlah diri korang untuk join jadi geng Gundu ni okay? Dengan adanya kolaborasi geng PeKOMIK, sudah pasti impian kita akan menjadi kenyataan.
Semuanye free, takyah bayar! Banyak faedah dan ganjaran yang korang akan dapat, tak kira lah secara direct ke tak, tapi memang confirm ada ganjaran untuk kite semua. Selama ni, kite semua kurang pendedahan tentang betapa bagusnya kegunaan IT, UGC dan media content ini kan?. Nah! Sekarang ape tunggu lagi? Semua dah ade kat depan mata dah, tinggal nak guna & upload jer kan?