Perpustakaan Negara akan mengadakan program jualan dan pameran. Pekomik dijemput dan diberikan gerai percuma seluas 20 X 30 kaki persegi. Jadual adalah seperti berikut :

Tempat : Perpustakaan Negara

Tarikh : 12, 13 & 14 Jun 2009

Masa : 9:00 pagi hingga 6:00 petang

Kepada pengkarya yang mahu membuat jualan karya masing-masing mohon maklumkan kepada saya melalui e-mel karyajonos@gmail.com atau karyajonos@yahoo.com.

Antara aktiviti yang berlangsung adalah :

1) Menyiapkan lukisan komik terpanjang & pameran komik terpanjang.

2) Ramah mesra bersama pelukis komik & kartun - 13 Jun 2009

3) Pameran karya kartun.(sudah berlangsung seminggu lalu hingga akhir Jun)

4) Tukar buku- bawa buku saudara/saudari & tukar buku yg disukai di gerai Perpustakaan Negara.

5) Pembaikan buku- Seorang hanya blh baiki 3 buku secara percuma oleh pihak perpustakaan

6) Dan lain-lain lagi (akan dikemaskini bila dapat detail daripada pihak perpustakaan)

Saya mencadangkan, bagi rakan-rakan yang berminat membuat jualan di gerai Pekomik apa saja produk berkaitan komik & kartun, ia merupakan jualan peribadi dan jika sudi boleh sumbangkan 10-15% kepada tabung Pekomik.

Ini bagi menggalakkan pengkarya dapat membuat kajian sambutan terhadap karya sendiri, respon pengunjung dan mencari pengalaman baru sebagai penjaja karya bagi pengkarya yang masih baru dalam bidang ini.