Salam Tahun Baru 2015,
Dengan secara rasminya adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Sidang Mesyuarat Agung (AGM) Pekomik untuk Penggal 2015/2016 akan diadakan pada butiran yang berikut bagi pemilihan semula Exco dan Ahli Jawatankuasa PeKOMIK 2013/14 --
TARIKH: 31 Januari 2015 (Sabtu)
MASA: 4.00 - 5.30 petang
LOKASI: Auditorium Sultan Muhammad V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Bersempena dengan pemilihan ini juga, satu forum khas bakal diadakan sejam sebelum AGM berlangsung dengan butiran berikutnya akan diumumkan tidak lama lagi. Semua adalah dijemput hadir dan mohon menjalankan tanggungjawab mereka sebagai ahli yang berhemah.
Harap Maklum & Terima Kasih
Yang Berkhidmat,
Presiden Persatuan Penggiat Komik Malaysia (Penggal 2013/15)