Imej: lukisan dalam buku lakaran Almarhum yang dikirimkan oleh isteri beliau


Sepertimana yang sedia maklum Kartunis Tembakau telah meninggal dunia. Pemergiannya amat dirasai oleh semua peminat dan rakan-rakan terdekat beliau. Justeru itu, Wanzu Alwan - Editor Komik-M sedang mengusahkan sebuah karya #tributeTEMBAKAU yang mana rakan-rakan dan peminat boleh boleh menyumbangkan karya untuk dihimpunkan dalam satu buku komik nanti.

Ini kenyataan rasmi dari laman FB Wanzu Alwan :-

"Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, kami di Komik-M sedang mengusahakan #tributeTembakau. Karya-karya tribute ini akan diterbitkan bersama-sama kompilasi komik pendek Allahyarham Tuan Tembakau dalam antologi Komik-M seperti AKU KAU & CINTA #1, AKU KAU & FACEBOOK #1, AKU KAU & ROBOT, dan AKU KAU & HANTU #2.

Sehubungan itu, kami dengan berbesar hati menjemput rakan-rakan, peminat, dan pembaca karya Almarhum untuk turut menyumbang karya. Royalti buku ini nanti akan disalurkan terus kepada keluarga Almarhum.

Komik pendek, komik panjang, komik strip, komik loose, pin up, poster, puisi, cerpen, anekdot, dan apa sahaja bentuk karya kami terima, asalkan berkaitan dengan Almarhum dan karya ciptaan Almarhum (KARTINI dan lain-lain). Hantar karya Tuan Puan kepada e-mel saya, wanzu@pts.com.my

Deadline adalah pada 15 Ogos ini.

Sekiranya ada kemusykilan, boleh PM atau e-melkan kepada saya.

Terima kasih, semua!"