Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.
Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali.

Pada 9 June isterinya memberitahu yang Tembakau telah dimasukkan ke wad Hospital Kuala Lumpur dan dipakaikan alat bantuan pernafasan kerana kekurangan oksigen dalam paru-paru dan jantungnya sedikit bengkak. Dan pada tanggal 18 Jun 2018, penggiat dan peminat menerima berita yang menyedihkan. Kartunis Tembakau atau nama sebenar beliau Azhar Ahmad telah meninggal dunia. Media sosial dipenuhi dengan perkongsian perasaan peminat serta rakan-rakan beliau yang mana mereka berasa sedih dan terkejut tentang berita ini.

Tembakau merupakan salah seorang penggiat komik yang tidak jemu membantu dan menyokong aktiviti-aktiviti Pekomik serta arena komik tanahair. Karya beliau yang popular iaitu Kartini sentiasa menjadi bahan bualan peminat-peminat beliau.

Kartunis kelahiran Perak ini pernah menjadi tenaga pengajar Pekomik Classroom pada awal tahun ini dan merupakan pemenang Anugerah Pekomik kategori Penulis Komik Terbaik dan Komik Terbaik pada tahun 2012.

Kehilangan beliau amat dirasai dalam arena komik Malaysia dan Pekomik. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan mereka yang dirahmati Allah swt.

Kepada mereka yang ingin memberi bantuan, boleh terus berhubung dengan isterinya Puan Siti Nuraznie Ibrahim dan untuk sumbangan boleh terus ke akaun

Maybank
158097702745
Bank Islam
08040020154627